Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Gaulakan hingga sebati.
- Sapukan pemanggang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan yang telah diadun.
- Taburkan bijan. Bakar 15 minit pada suhu sederhana panas dan selepas itu di balikkan dan bakar lagi selama 5 minit.
- Untuk dapatkan permukaan sedikit garing bolehlah biarkan lama sedikit.

No comments:
Post a Comment