Sumber: salamisimon1.blogspot.com
(Resepi Asal : CHE MID FP)
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-cara :
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Perap selama 1 1/2 jam.
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
- Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

No comments:
Post a Comment