Saturday 30 November 2013

kek velvet kukus

Kek velvet kukus 
Oleh : Nor Aini Md Amin

 

Bahan-bahan :
5biji telur gred A (yag di letakkan di peti ais)
250gm tepung gandum dan 1sdt baking pawder - diayak
150ml susu cair
180gm gula halus
2sdb susu pekat
1 sdb ovelet
1/4 sdt garam
125ml minyak jagung
pewarna........ikut suka ye...sy guna warna pelangi
 

Cara-cara :
1-putar semua bahan kecuali minyak & pewarna.......sampai kembang & gebu...
2- masuk minyak .....kacau sebati
3- bahagi adunan dan warnakan
4- gris loyang & alas kertas minyak
5- masuk adunan pertama........kukus 5min
6- ulang sampai habis
7- tutup permukaaan loyang dgn aluminium foil
8- dah siap kukus lg 1/2jam


Wednesday 20 November 2013

Kuih Bingka Pemanggang Ajaib

Kuih Bingka Pemanggang Ajaib


Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum

1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Gaulakan hingga sebati.
  • Sapukan pemanggang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan yang telah diadun.
  • Taburkan bijan. Bakar 15 minit pada suhu sederhana panas dan selepas itu di balikkan dan bakar lagi selama 5 minit.
  • Untuk dapatkan permukaan sedikit garing bolehlah biarkan lama sedikit.


Monday 18 November 2013

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber: salamisimon1.blogspot.com
(Resepi Asal : CHE MID FP)


Bahan-bahan :


1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega


Cara-cara :

  • Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam.
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  • Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Tuesday 5 November 2013

Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
Sumber : FB Marsha Ena Rca
 


Bahan-bahan :
1 bungkus makaroni- direbus dengan garam dan air
1 paket daging kisar/ burger daging pun boleh
1 paket kecil sayuran campur
1 tin susu cair
5 bj telur-pukul sikit
garam
2 sudu butter
cili kisar 4 sudu makan
2 sudu makan sos blackpapper
1 biji cili merah-mayang halus
3 biji cili padi-mayang halus
2 ulas bawang putih-ketuk jer
3 biji bawang besar-mayang
daun bawang n daun sup-mayang halus utk hiasan
sos cili,mayonis,sos thousand island,bawang goreng

caranya:
1. tumis bwg putih garing sikit masuk daging kisar/burger daging cincang masak garing sikit dgn butter n keluarkan.
2. masuk cili kisar n sos black papper.Kacau
3. masuk mix vegetables,cili-cili mayang,daging goreng tadi,makaroni,garam. ketepikan
4. sediakan pemanggang ajaib, masuk semua makaroni tadi tuang susu tuang telur dan tabur keju.
5. Bakar 20 minit. 5 minit pertama terbalikkan PEMANGGANG AJAIB
6. siap jer letak sos cili, mayonis, 1000 island, tabur daun bwg dan daun sup dan bwg goreng.
7. siap utk dimakan!




Friday 1 November 2013

Puding Roti Kukus

Puding Roti Kukus
Sumber : FB Ombak Rindu


Bahan-bahan

4 keping roti – dipotong kecil-kecil

1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara

  • Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. 
  • Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  • Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  • Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  • Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  • Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.