Kek velvet kukus
Oleh : Nor Aini Md Amin
Bahan-bahan :
5biji telur gred A (yag di letakkan di peti ais)
250gm tepung gandum dan 1sdt baking pawder - diayak
150ml susu cair
180gm gula halus
2sdb susu pekat
1 sdb ovelet
1/4 sdt garam
125ml minyak jagung
pewarna........ikut suka ye...sy guna warna pelangi
Cara-cara :
1-putar semua bahan kecuali minyak & pewarna.......sampai kembang & gebu...
2- masuk minyak .....kacau sebati
3- bahagi adunan dan warnakan
4- gris loyang & alas kertas minyak
5- masuk adunan pertama........kukus 5min
6- ulang sampai habis
7- tutup permukaaan loyang dgn aluminium foil
8- dah siap kukus lg 1/2jam
Kuih Bingka Pemanggang Ajaib
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (2 santan kotak & 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau/pandan paste
Sedikit bijan
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Gaulakan hingga sebati.
- Sapukan pemanggang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan yang telah diadun.
- Taburkan bijan. Bakar 15 minit pada suhu sederhana panas dan selepas itu di balikkan dan bakar lagi selama 5 minit.
- Untuk dapatkan permukaan sedikit garing bolehlah biarkan lama sedikit.
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber: salamisimon1.blogspot.com
(Resepi Asal : CHE MID FP)
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Cara-cara :
- Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
- Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
- Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
- Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Makaroni Bakar
Sumber : FB Marsha Ena Rca
Bahan-bahan :
1 bungkus makaroni- direbus dengan garam dan air
1 paket daging kisar/ burger daging pun boleh
1 paket kecil sayuran campur
1 tin susu cair
5 bj telur-pukul sikit
garam
2 sudu butter
cili kisar 4 sudu makan
2 sudu makan sos blackpapper
1 biji cili merah-mayang halus
3 biji cili padi-mayang halus
2 ulas bawang putih-ketuk jer
3 biji bawang besar-mayang
daun bawang n daun sup-mayang halus utk hiasan
sos cili,mayonis,sos thousand island,bawang goreng
caranya:
1. tumis bwg putih garing sikit masuk daging kisar/burger daging cincang masak garing sikit dgn butter n keluarkan.
2. masuk cili kisar n sos black papper.Kacau
3. masuk mix vegetables,cili-cili mayang,daging goreng tadi,makaroni,garam. ketepikan
4. sediakan pemanggang ajaib, masuk semua makaroni tadi tuang susu tuang telur dan tabur keju.
5. Bakar 20 minit. 5 minit pertama terbalikkan PEMANGGANG AJAIB
6. siap jer letak sos cili, mayonis, 1000 island, tabur daun bwg dan daun sup dan bwg goreng.
7. siap utk dimakan!

Puding Roti Kukus
Sumber : FB Ombak Rindu
Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
- Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata.
- Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
- Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
- Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
- Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
- Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
