Tuesday 29 October 2013

Kek Karamel

KEK KARAMEL ( loyang 8 )
Sumber :
Page FB Cara mudah buat kek
 


BAHAN BAHAN

GULA HANGUS

4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.
 

BAHAGIAN ATAS ( KARAMEL )
1 cawan susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

* untuk menebal sedikit lagi karamelnye ( seperti dalam gambar ) admin telah menambah 1/3 cawan susu cair dan sebiji kuning telur

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak jagung @ minyak masak
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE ( B )
6 telur putih ( jangan ade walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi

2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( paste pandan contohnye )( adunan takkan tenggelam dalam karamel )berselang seli dengan cara ( marble )

3.Panas kan oven selame 10 minit

4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )

5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.

6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.

7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayenye atau meraung sebab karamelnye melekat, wakaka..

8. Selepas di terbalikkan akan ade lebihan air gula yang banyak,,lap aje air gula perlahan lahan menggunakan tisu di sekeliling kek dan di atas karamelnye.





No comments:

Post a Comment