Tuesday 29 October 2013

Kek Karamel

KEK KARAMEL ( loyang 8 )
Sumber :
Page FB Cara mudah buat kek
 


BAHAN BAHAN

GULA HANGUS

4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.
 

BAHAGIAN ATAS ( KARAMEL )
1 cawan susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

* untuk menebal sedikit lagi karamelnye ( seperti dalam gambar ) admin telah menambah 1/3 cawan susu cair dan sebiji kuning telur

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak jagung @ minyak masak
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE ( B )
6 telur putih ( jangan ade walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi

2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( paste pandan contohnye )( adunan takkan tenggelam dalam karamel )berselang seli dengan cara ( marble )

3.Panas kan oven selame 10 minit

4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )

5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.

6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.

7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayenye atau meraung sebab karamelnye melekat, wakaka..

8. Selepas di terbalikkan akan ade lebihan air gula yang banyak,,lap aje air gula perlahan lahan menggunakan tisu di sekeliling kek dan di atas karamelnye.





Wednesday 23 October 2013

Roti pizza vantage

Roti pizza vantage
Oleh:Anie Ezany
Sumber : www.facebook.com/bukuresepi


Bahan-bahan
-5 keping roti(ape2 jenama pn xpe..)
-sos cili
-mayonis
-sedikit mentega/butter

-sosej(potong serong2)
-mozarell cheese(d parut halus)
-cheese keping


Bahan2 topping
-sayuran campuran
-2 sudu kari daging
-daging ayam(agak2 jer)
-2 biji bwang besar(ptong dadu)
****tumis smua bahan toping n ketepi kn..

cara2
-sapu mentega/butter,sos cili pd roti(letak pd pemangang vantage/dulang oven)
-letak tumisan bhan topping
-letak sosej,cheese keping n mozarella cheese
-msak sampai cheese cair


Monday 21 October 2013

Resepi Dorayaki

Resepi Dorayaki
Oleh:Shahida Kamal Shah
Sumber : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan

100 gram tepung gandum
60gram gula
2 biji telur
2 sudu teh madu
Setengah sudu kecil soda bikarbonat
Setengah sudu kecil esen vanilla
Setengah sudu teh minyak masak
50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)

Inti : inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)

Cara-caranya:
1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake


Monday 14 October 2013

Selamat datang.

Salam perkenalan buat semua pembaca. Blog ini diwujudkan bagi mengumpul koleksi resepi yang keluarga saya suka pada satu tempat supaya mudah untuk dibuat rujukan.

Bukanlah saya seorang yang pandai masak atau pandai dalam merekacipta resepi-resepi baru. Saya cuma seorang isteri dan ibu yang hanya ingin menjamu makanan yang berkhasiat, sedap, murah,seimbang dan senang untuk disediakan. Oleh itu, kebanyakan resepi disini adalah resepi yang dicedok di blog lain atau yang diajarkan oleh orang lain.

Walau apapun, saya harap resepi-resepi yang sayaa kumpulkan disini memenuhi citarasa anda semua. In sya Allah.....